Friday 24 July 2015

Pelajaran 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

`PELAJARAN 1               BAHAGIAN - BAHAGIAN PERTUTURAN : PENGENALAN

          1.      Sesuatu ayat terbentuk oleh sekumpulan perkataan dan ianya mempunyai  makna yang lengkap.
          2.      Ahli tatabahasa Bahasa Arab membahagikan bahagian-bahagian ayat atau pertuturan kepada tiga kategori : Kata nama, Kata kerja dan Kata tugas. Sila lihat Jadual 1dan Lampiran 1 berikutnya.

JADUAL 1                                 BAHAGIAN- BAHAGIAN PERTUTURAN
KATEGORI
PERSAMAAN
DALAM BAHASA MALAYSIA
CATATAN
Kata nama

 إِسْمٌ

  ( Ismun)

  • Kata nama
  • Kata ganti nama
  • Adjektif
                        1.      Kata nama dalam Bahasa Arab terbahagi kepada dua kategori jantina iaitu perempuan dan lelaki.
                        2.      Kata nama mempunyai tiga bilangan : satu, dua dan majmuk.
                             3.      Antara cara-cara untuk mengenali kata nama dalam Al-Quran :
                         i.        didahului oleh  اَلْ (alif lam)  untuk kata nama khusus
                       ii.        diakhiri dengan tanwin iaitu  ٌ, ً, ٍ untuk kata nama tidak khusus
                      iii.        perkataan sebelum kata nama khusus adalah juga suatu kata nama
                      iv.        didahului oleh harf  jar  ( salah satu kata tugas )
                       v.        tiada imbuhan awalan ت (ta), ا (alif), ن (nun) atau  ي (ya), iaitu tanda-tanda fi’il mudhoriq dan diakhiri dengan ونَ  ( wau nun)  atau ات (alif ta)  atau  انِ (alif nun).
Kata kerja
فِعْلٌ

 ( Fi’lun )
Kata kerja

Kata kerja mempunyai tiga aspek :
                    1.      Fi’il madhi,   فعل مَاضِىٌ , melambangkan perbuatan yang telah disempurnakan atau telah selesai dilakukan.
                   2.      Fi’il mudhori’,  مُضَارِعٌ فعل ,  melambangkan perbuatan yang belum disempurnakan samada yang sedang berlaku atau yang akan berlaku.
                   3.      Fi’il amar, أَمْرٌ فعل ,  melambangkan  suatu arahan atau permintaan atau larangan.

Kata tugas
حَرْفٌ
 ( Harfun )

  • Kata sendi nama
  • Kata hubung
  • Kata seru
                 1.      Jumlahnya 80. 63 daripadanya adalah akusatif iaitu ia mengubah hujung perkataan yang berada selepasnya dan 17  bukan akusatif.
                           2.      Harfun terbahagi kepada beberapa kategori.




No comments:

Post a Comment